Halaman

Sabtu, 23 Oktober 2010

Erti Sukses


Sukses juga bermaksud berjaya. Orang kecil merasakan ia sudah berjaya apabila ia boleh melakukan perkara yang besar. Manakala orang besar pula rasa berjaya apabila dapat menyempurnakan projek mega. Orang miskin sudah merasa berjaya jika dia dapat merasa sesuap nasi, manakala orang kaya pula merasa puas dengan kejayaan menambah hartanya. Orang yang jahil merasa lega kerana berjaya memperolehi ilmu, manakala orang yang berilmu merasa syukur kerana berjaya mengamalkan ilmunya. Seorang konsultan berjaya jika memperolehi klien dan memberi tunjuk ajar kepadanya, manakala seorang peniaga merasa berjaya jika ada pembeli produknya. Seorang yang bersalah pula merasa berjaya jika dapat memperbaiki kesalahannya.

Demikian adalah contoh-contoh kejayaan atau sukses memberi erti dalam hidup setiap orang. Ia ternyata berbeza antara satu sama lain.

“Nilailah sukses dengan merujuk kepada peningkatan diri anda sendiri agar anda sentiasa merasakan kejayaan.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...