Halaman

Khamis, 7 Oktober 2010

Di Mana Ada Kemahuan Di Situ Ada Jalan



Where there’s a will, there’s a way‘. Maksudnya dimana ada kemahuan di situ ada jalan.

Kata-kata hikmat ini seringkali saya ingati semenjak zaman kanak-kanak dan remaja lagi. Maklumlah waktu itu hidup saya sekeluarga agak perit. Saya rasa terdorong untuk mengubah hidup. Lalu saya berusaha bersungguh-sungguh melalui tiket pelajaran yang saya ada. Tidak kira senang atau susah, apapun jua halangan dan kesusahan sanggup saya hadapi asalkan saya berjaya dalam persekolahan.  Kini, jika tidak mewahpun sekurang-kurangnya keadaan hidup saya yang dahulu sudah berubah. Syukur kepada Tuhan kerana memberi saya satu sebab untuk mempunyai kemahuan yang kuat. Kemahuan untuk berubah. Jika anda tidak ada situasi seperti saya, mungkin anda juga boleh mendorong diri jika anda tahu apakah faktor yang boleh mendorong semangat atau kemahuan yang kuat untuk mendapatkan sesuatu.



Faktor yang mendorong kepada kuatnya kemahuan:


1. Tertekan, terdesak, kesempitan, kesengsaraan dan seumpamanya.


2. Tercabar oleh penghinaan.


3. Tercabar (terpaksa) untuk  membuktikan kekuatan atau keupayaan.


3. Tertarik dengan ganjaran.


4. Mencari kepuasan dan keselesaan.


5. Membuktikan identiti.


6. Mencari jalan keluar atau menyelesaikan masalah.


7. Suka mencabar keupayaan diri.


8. Mengubah haluan hidup.


9. Mencari kehidupan.

Nah, salah satu pasti boleh membantu mewujudkan kemahuan yang kuat  (strong will)  dalam diri anda untuk melakukan sesuatu. Cubalah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...