Halaman

Isnin, 4 Oktober 2010

Pakej Untuk Berjaya



Kejayaan menjadi  dambaan setiap insan. Namun hakikatnya kejayaan datang dalam pakej. Ia tidak datang dalam keadaan ‘stand alone’. Tanyalah dan lihatlah orang-orang yang berjaya di sekeliling kita. Semuanya berjaya dalam keadaan berpakej.

Antara pakej kejayaan tersebut, seseorang mestilah memiliki pengetahuan (knowledge). Pengetahuan mendalam terhadap sesuatu yang ingin diceburi menjadikan seseorang lebih yakin dengan apa yang ingin dilakukannya. Perkara kedua ialah kemahiran (skill). Seseorang yang lebih mahir dalam sesuatu bidang lebih menonjol keupayaannya berbanding dengan yang tidak memiliki kemahiran. Contoh yang nyata ialah pekerja yang memiliki banyak pengalaman sudah tentu lebih baik daripada pekerja yang baru habis belajar yang hanya memiliki pengetahuan semata.

Perkara ketiga dalam pakej tersebut ialah komitmen (commitment). Ia boleh ditakrifkan sebagai kesungguhan, kesabaran, kesediaan, kesanggupan dan ketekunan dalam sesuatu bidang yang diceburi. Seseorang yang memiliki ilmu yang tinggi dan mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang tetapi tidak memberi komitmen dalam perkara tersebut belum tentu akan berjaya dalam bidangnya.
Perkara terakhir dalam pakej tersebut ialah disiplin (discipline). Disiplin diri untuk melaksanakan sesuatu amat penting demi memastikan sesuatu yang dilakukan berjalan dengan lancar, berterusan dan konsisten. Hanya sesuatu usaha yang konsisten sahaja yang akan menampakkan hasil yang membanggakan. Bagi umat Islam, ibadat solat dan puasa mengajar erti disiplin. Alangkah baiknya jika disiplin ini juga dapat diaplikasikan dalam tugasan yang lain.

Empat perkara ini iaitu pengetahuan (knowledge), kemahiran (skill), komitmen (commitment) dan disiplin (discipline) datangnya dalam satu pakej. Itulah pakej untuk berjaya dalam apa jua yang diceburi.

Pakej untuk berjaya:
1. Pengetah


2. Kemahiran (skill)
3. Komitmen (commitment)
4. Disiplin (discipline)uan (knowledge)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...