Halaman

Khamis, 13 Januari 2011

jumaat oohhh jumaat

toikk.. toiikk.. hari jumaat dah. masa yang paling aus nanti.. hehheehe.. :-)
mana tak nya,.. hujung minggu nie la bleh buat aus hlg tension n then bleh rest sepuas-puasnya...
haaaa.. hari nie tak lupa jgk.. nak main futsal ngn member Pra U... hehehehe.. :-) 
adooii.. tp dah lame dh nie tak main. nnti kan sepak bola pn tak kena.. huhuhu.. malu woo.. ^_^

eehh.. sebenarnya time aus visit blog kwn aus nie, aus amat tertarik mengenai
artikel mengenai MARUAH DIRI.. harap sama2lah kita ambil iktibar dari dialog nie..


Anak: Macam mana boleh jadi macam tu sekali ayah?
Ayah: Ayah pun tak tahu. Nak kata budak kecik dah besar panjang. Kadang-kadang ayah sendiri pun tepuk dahi. Tolak sana, tolak sini… orang tetap akan mengata.
Anak: Memanglah ayah… mulut orang bukan kita boleh tutup.
Emak: Mak pun dah tak tahu nak kata apa lagi dah. Masuk yang ini dah 3 orang anak dia macam tu. Kalau satu kes, bolehlah kata tak sengaja.. tapi kalau dah 3 kes berturut-turut?
Ayah: Ayah pun malu… nama kita orang Islam. Tapi keruntuhan akhlak mengalahkan orang putih kat Amerika sana tu ha.
Anak: Terdiam….
Emak: Bang, nanti budak 2 orang tu nak datang untuk mintak pendapat…
Ayah: Minta pendapat apa lagi? Bukannya ada kaitan dengan kita. Benda pun dah berlaku.
Emak: Memang dah berlaku bang.. tapi abang ni kira yang paling tua kat kawasan ni. Budak-budak tu pun dah kena buang dengan keluarga.
Ayah: Hurrmm….
Anak: Alaa.. ayah just bagi motivasi je. Kalau perlu cuci, cuci sekali diaorang. At least, ayah dah lepas tanggungjawab sebagai orang yang lebih tua.
Tak sampai 1 jam, pasangan muda suami isteri (belum nikah) dengan anak kecilnya yang masih dalam hari itu pun datang memberi salam. Salam di jawab dan mereka dijemput masuk. Selepas menangis dan bercerita panjang lebar, cerita menjadi semakin berat.
Ayah: Dulu kakak sulung kamu yang buat hal kahwin dulu baru nikah. Lepas tu kakak kedua kamu pun sama. Ini sekarang kamu pulak yang menyambung tradisi. Tak malu ke dengan jiran sekampung?
Pasangan perempuan: Saya malu pakcik. Tapi benda dah nak jadi. Apa pun, saya akan buat apa yang patut. Ini pun baru balik dari Pejabat Agama. Harap pakcik bolehlah beri pendapat dan nasihat lagi…
Ayah: Aku ni bukan bapak kamu. Tapi setakat beri nasihat bolehlah. Lagipun kamu masih ada abang kandung… pakcik rasa biarlah nasihat ini pakcik sampaikan pada abang kamu sekali. Mana abang kamu?
Pasangan perempuan: Ada kat luar tu. Dia marah sangat dengan saya.
Emak: Mana dia tak marah? Kamu dah conteng arang kat muka dia. Takperlah.. panggil dia masuk sekali.
Setelah abang kandung kepada pasangan luar nikah itu masuk, ayah terus memberikan nasihat dan cuba untuk tenangkan keadaan.
Abang kandung pasangan perempuan: Dahlah kami ini orang miskin pakcik, sekarang dihina pulak oleh jiran sekeliling. Saya malu pakcik. Bengang ada … marah pun ada. Tapi bila lihat si kecil yang masih dalam hari tu, saya cuma boleh bersabar je. Busuk-busuk pun, anak sedara saya juga.. dia takde dosa pun.
Emak: Baguslah kalau macam tu. Sabar jelah.
Ayah: Ini pakcik nak beritahu… adik beradik perempuan kamu semuanya tak menjadi. Selalu buat perkara ikut hati, bukan akal. Agama pula di ketepikan terus.
Abang kandung pasangan perempuan: Entahlah pak cik… saya sendiri dah tak sanggup nak handle perkara ni. Rasa macam nak berambus je dari rumah tu. Adik-adik semua membelakangkan saya.
Ayah: Sabar dulu… ni pak cik nak tanya lagi sikit. Pakcik dengar kamu sekarang ni sedang berkawan dengan seorang perempuan dari Tiram’kan?
Abang kandung pasangan perempuan: Iya pakcik… niat di hati memang nak kahwin 1-2 tahun lagi.
Ayah: Kalau macam tu, ingat satu je pesan pakcik. Kalau boleh, perkara macam ni janganlah berlaku lagi.
Nafsu kena jaga… agama mesti di utamakan. Sebelum buat sesuatu perkara, tanya diri sendiri dulu sama ada betul atau tidak apa yang dibuat tu.
Selalulah mulakan sesuatu perkara itu dengan Bismillah. Kalau kita selalu ingat Allah, Insya Allah kita akan sentiasa di pelihara. Kita ni hidup biarlah miskin harta, tapi jangan miskin maruah….!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...