Halaman

Jumaat, 7 Januari 2011

Tahniah Harimau Malaya

hurrmm.. rasanya tak terlambat lg nk wish TAHNIAH HARIMAU MALAYA atas kejayaan merangkul kejuaraan PIALA AFF 2010 selepas menumpaskan Indonesia dgn agregat 4-2. 



Walau sebelum ini rmai yang tidak meletakkan harapan yang tinggi kpd  MALAYSIA ekoran ketiadaaan ramai pemain tonggak utama, tetapi semangat juang pemain negara dalam membawa misi MALAYSIA di kejohanan PIALA AFF 2010 membuahkan hasil apabila merangkul kejuaraan kali pertama dalam kejohanan ini. 


Tahniah juga kepada ketua jurulatih K.RAJAGOPAL kerana percaturan yang menjadi dalam kejohanan ini dan membawa MALAYSIA bergelar juara di samping keberanian beliau membariskan pemain muda. Sebelum ini saya pernah tertarik dgn apa yang telah yang diperkatakan belian sebelum kejohanan bermula iaitu 



"SAYA TIDAK MELETAKKAN HARAPAN YG TINGGI KPD SKUAD NEGARA. TETAPI SAYA YAKIN PAMAIN SAYA MAMPU LAKUKAN JIKA SEMUA PEMAIN SAYA MENUNJUKKAN SEMANGAT JUANG YANG TINGGI DALAM KEJOHANAN INI" 




Inilah yang telah diharapkan oleh K.Rajagopal dan inilah yang ditunjukkan oleh pemainnya. Benarlah pepatah MELAYU pernah menyatakan "biar putih tulang, asalkan jagan berputih mata".. dengan kata2 keramat "TANAH TUMPAHNYA DARAHKU" Malaysia telah membawa misi ini dengan jayanya.. "di mana ada kemahuan di situ ada jalan".. 


TAHNIAH MALAYSIA!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...